Dublin vs Prague, dilema sebuah ketulusan…
May 15th, 2008 by science-unlimitedPerkara ini
benar-benar mengganggu akal warasku. Sebagai manusia biasa yang tak mampu
menolak pernyataan emosi, aku tertanya-tanya apakah jalan yang paling tepat
perlu aku ambil sebagai seorang islam yang benar-benar percaya terhadap hadith yang pernah aku hafal
dalam himpunan hadith 40 karangan imam Nawawi:
“Tidak beriman seseorang muslim selagi dia tidak
mencintai saudaranya seperti dirinya sendiri”
HR
Bukhari.
Bukan untuk
membincangkan keimananku untuk mencintai orang Islam seperti saudara sendiri,
tapi untuk menyelesaikan dilema jiwa yang meruntun saat ini.
Otakku berputar
ligat memikirkan perkara yang pada realitinya nampak mudah, seolah-olah semua
keputusan berada dalam genggamanku. Hanya sekadar memilih universiti untuk
melanjutkan ijazah, di republik Ireland atau republik Czech. Namun, hal ini
bukan hanya melibatkan diriku malah melibatkan orang lain dan juga menunjukkan
kesantunanku dalam menjaga hubungan sesama manusia. Dengan memberikan peluangku
kepada saudara Islamku yang lain dan memerlukan tempat belajar.
Perkara ini tidak
sama seperti mahu memberi sedekah atau tidak, atau mahu mengangkat sampah yang
ditinggalkan atau tidak. Ia menuntut ketulusan dalam mengorbankan tempat yang
ku perolehi di Royal College of Surgeon in Ireland. Diriku sendiri hakikatnya
tidak tahu apa yang terbaik buatku. Bagaimana mungkin aku rasakan Dublin lebih
baik buatku, padahal kehidupan di Prague mungkin lebih indah buatku.
Terngiang-ngiang
kata-kata sahabatku Din (bukan nama sebenar) tentang perkara ini,
“ Mungkin Allah nak
uji kau dengan bagi ujian ni, sama ada kau akan fikirkan orang lain atau
fikirkan diri kau sendiri”
Aku juga merasakan
sebegitu, kerana jika aku berikan melepaskan peluang ke Dublin, orang lain akan
berpeluang menggantikan diriku. Dan sesungguhnya aku yakin jika aku melakukan
kebaikan sesama manusia, Allah akan membalas kebaikan tersebut dengan berlipat
kali ganda. Yang mana harus aku pilih?
Memang munajatku
aku tidak minta agar diberikan petunjuk. Jauh sekali memohon mimpi. Jika benar
memang rezekiku telah tersurat, aku minta agar Allah permudahkan jalan kesana
jika ia baik untuk agamaku dan diriku. Aku hanya berdoa yang terbaik dari Allah
bukan atas pilihanku kerana aku kalau boleh tidak mahu aku menentukan nasibku
sendiri walaupun satu detik, walau dari segi fizikal memang manusia mampu
membuat pilihan demi pilihan.
Aku cuba
menggunakan logik dengan menolak emosi (kerana aku tidak tahu apa sebenarnya ketentuan Allah) dalam pemilihan
ini, aku mencari kebaikan dan keburukan serta pendapat-pendapat yang kurasakan
baik buatku. Pernah aku mendengar seorang ustaz berkata, “Dalam Al-Quran Allah
telah ajarkan semuanya kepada manusia kerana Al-Quran petunjuk yang agung.
Daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesa-besar perkara”. Seorang murid
dengan beraninya bertanya, “Ader ajar buat roti canai ustaz?”
“Ada”, jawab sang
ustaz. Terkejut semua hadirin mendengarnya. Berpandangan sesama sendiri.
“Tercatat dalam
Al-Quran yang mafhumnya ‘jika kamu tidak mengetahui sesuatu perkara,
bertanyalah kepada yang mengetahui”, sambung ustaz tersebut.
Sungguh aku memang
benar-benar tidak pasti kata-kata ustaz tersbut dari surah apa dan ayat apa.
Memang pengetahuanku terhadap Al-Quran amat lemah. Hafalan pun kurang.
Tapi aku memang
benar-benar dalam golongan yang tidak mengetahui. Pencarian pun bermula dari
benda yang tidak signifikan hingga perkara-perkara penting berkaitan kedua-dua
universiti.
1. Pertamanya berkaitan masa
belajar. Charles University (CU)akan memakan masa 6 tahun dan RCSI 5 tahun.
RCSI boleh menjadi 6 tahun juga jika aku gagal mencapai 36 poin dalam IB Final
Exam tidak termasuk mata bonus. Aku agak ragu-ragu dengan kemampuanku. Ya Allah
bantulah aku.
2. Seterusnya tempat. CU berada
di ‘central europe’ dimana aku boleh merasai salji (perkara yang paling
dijakuni orang Malaysia) dan boleh melancong dengan mudah ke Perancis, Poland
dan Jerman. RCSI di Dublin yang tiada salji. (adakah aku memilih salji?) Jauh
sedikit untuk melancong. Dari segi kecantikan bagiku Czech mendahului. Dimana
aku tahu?
3. Wang:
Aku boleh mengumpul lebih banya wang di Czech kerana sara hidup yang lebih
rendah dan matawang yang lebih ‘murah’. Di Dublin mungkin akan ‘cukup makan’.
Aku sebagai anak yatim perlu mengambilkira wang sebagai asas untuk hidup. Tiada
bantuan lagi bantuan dari ibubapa.
4. Kualiti: Biasalah jika di Malaysia ada yang memandang RCSI lebih baik dari
segi kualiti. Ia sesuatu yang subjektif. Aku lebih memilih ‘integrated system’ berbanding
‘traditional system’
5. Ijazah yang ditawarkan. Ada yang menyatakan ijazah yang ditawarkan Ireland (MBBChCao)
adalah lebih diterima berbanding Czech(MuDr). Berdasarkan Wikipedia.org
keduanya adalah setaraf.
6. Kehidupan Kampus: aku mungkin akan memilih CU kerana ia merupakan kampus penuh
dengan adanya kursus lain selain perubatan. Mungkin aku orang yang tidak betah tinggal
dengan pelajar Medik sahaja. “RCSI hanya untuk perubatan dan sewaktu dengannya.
Namun lebih fokus dan terancang”, kata Fiqri jiranku.
7. Peluang bina kekuatan survival dan dakwah: Usrah dan tarbiyah belum terbina
dengan mapan di Czech republik, adalah cabaran besar dan menarik untuk ke sana
bagi membantu ikhwah disana. Kata orang lagi susah perjalanan makin kuat
pegangan.Banyak boleh dipelajari terutama bahasa Czech. Ingin mengikut jejak
Dr. Ainurrashid yang merupakan pelajar perubatan kumpulan pertama ke RCSI,
sekarang Dublin merupakan kampng Melayu. Tapi au tidak mahu kecewa kerana
terlalu meletakkan harapan jika tiada kekuatan jiwa.
8. Belas ehsan: Inilah perkara
pokok tulisanku. Aku sebenarnya mahu memberi peluang kepada orang lain. Namun
aku teringat kata-kata saudari Ahya’ yang kuhormati bahawa bukan
tanggungjawabku untuk memberi peluang untuk orang lain, hanya kerana orang itu
terlebih dahulu ‘approach’ aku. Tidak patut untuk aku lepaskan peluangku kerana
hal ini melibatkan masa depan yang panjang.
Saudariku,
maafkan aku andai keputusanku merobek hatimu. Aku memilih RCSI atas rasa rendah
diri dan bersalah kerana mungkin menutup peluangmu ke sana. Itu adalah
takdirNya. Andaikata memang bukan takdirku dan ia takdirmu untuk kesana,
sungguh kau akan mendapatkan tempat menggantikan aku. Allah berkuasa menghidup
dan mematikan. Mematikan dan menghidupkan kembali. Sebutlah ‘La takhaf wa la tahzan innallaha ana’
“Jangan takut dan jangan bersedih sesungguhnya Allah bersamaku”
Ibnu
Toha,
Meja
Halaqah dan Ikram Muslimin
Surau
An-Nur,
Kolej
MARA Banting